Misi

Mission of WOSM

"The Mission of Scouting is to contribute to the education of young people, through a value system based on the Scout Promise and Law, to help build a better world where people are self-fulfilled as individuals and play a constructive role in society." captured in World Scouting’s brand as "Creating a Better World”.

 

Misi Persekutuan Pengakap Malaysia

Misi Kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda, melalui satu sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang­Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat.

Objektif Persekutuan Pengakap Malaysia

Objektif Persekutuan Pengakap Malaysia dalam urusan kepemimpinan adalah untuk membolehkan setiap pemimpin berupaya untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan memimpin golongan kanak-kanak dan belia-remaja dari segi pertumbuhan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek (JERI) dan social. Untuk mencapai objekt if tersebut, pemimpin perlu diberikan galakan dan latihan untuk membolehkan mereka menggunakan kaedah kepengakapan (Scout Method) melalui sistem yang progresif dengan berasakan kepada Persetiaan dan Undang­ undang Pengakap.

  1. Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaja menyertai pengakap.
  2. Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja.
  3. Untuk melatih, Jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di semua peringkat.
  4. Menerapkan nilai-nilai murni di dalam program kepengkapan berpandukan prinsip dan Undang-Undang Pengakap.
  5. Menjadikan sebuah organisai yang berdikari dan diurus dengan berkesan.

 

Misi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang

  1. Membina satu pasukan kepimpinan yang bersepadu, berkomitmen dan teguh di peringkat negeri dengan mendukung prinsip berpengakap kerana minat dan semangat.
  2. Menyusun semula sistem pengurusan dan memberi semangat baru dalam memperkasa organisasi Pengakap di semua peringkat pentadbiran dengan mengamalkan prinsip intregriti dan ketelusan dalam semua aspek urusan.
  3. Menjalinkan kerjasama erat dengan pihak dan agensi-agensi lain bagi menjayakan program secara perkongsian pintar untuk memantapkan imaj pergerakan Pengakap di Pulau Pinang.
  4. Menggerakkan usaha mempromosi Pergerakan Pengakap sebagai satu pertubuhan pelengkap untuk menjayakan usaha-usaha pembinaan sahsiah ahli dan pembangunan modal insan.
  5. Menonjolkan imej Pengakap yang beridentiti melalui program dan aktiviti yang memberi impak langsung kepada ahli-ahli.
  6. Mempertingkatkan bilangan kumpulan dan ahli berdaftar yang aktif di seluruh negeri serta membina jati diri yang kuat bagi menghadapi persaingan semasa untuk melahirkan seramai mungkin ahli Pengakap Raja di Pulau Pinang.
  7. Mewujudkan rangkaian yang akrab dan berkesan di seluruh tujuh daerah pentadbiran dengan fokus kepada aspek pembangunan demi faedah ahli dan pertubuhan.
  8. Meletakkan keutamaan terhadap usaha memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang menyumbang ke arah pembangunan Pengakap di Pulau Pinang.

Print

  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

Like Us