• Home

Permohonan Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara Sempena Pandemik Covid-19

Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa laman sesawang rasmi permohonan Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara Sempena Pandemik Covid-19 telah dibuka.

Para Pen. Pemimpin / Pemimpin Pengakap / Pen. Pesuruhjaya Daerah / Persuruhjaya-Pesuruhjaya (hanya dari Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang) boleh mula mengemukakan permohonan anda melalui alamat laman sesawang https://daftar.penangscout.org/akkbm-pkp.

TARIKH TUTUP: 31 JANUARI 2021

Butiran panduan permohonan boleh merujuk dokumen di bawah:

Sila Muat Turun Template Laporan dan lengkapkan sebelum meneruskan : http://daftar.penangscout.org/component/phocadownload/category/1-form?download=5:t-akkbm-pkp

Print

Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara

Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara

Pengakap adalah satu pergerakan belia bertaraf antarabangsa untuk melatih golongan belia dan muda-mudi agar menjadi orang yang berguna dan dapat berkhidmat untuk masuarakat dan negara. Latihannya adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap serta prinsip-prinsip asas yang telah di perturunkan oleh pengasasnya Lord Baden Powell of Gilwell.

Pemimpin Pengakap merupakan tunjang kepada pergerakan pengakap yang bertungkus lumus tanpa mengira letih dan lesu dalam memimpin, membimbing dan membantu ahli-ahli pengakap dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Pemimpin seperti cikgu yang membakar diri untuk menerangi orang lain bagi memdidik dan memimpin semua ahli pengakap dibawahnya menuju arah kejayaan dan menjadi orang yang berguna.

Corona virus Covid-19 telah tercetus dengan merebak dengan pantasnya ke seluruh dunia dan telah menyebabkan kematian melebihi 500 000 orang diseluruh dunia. Semua aktiviti luar tidak dibenarkan dan ini telah menjejaskan semua aktiviti kepengakapan diseluruh dunia.

Dalam mengharungi pandemik yang melanda di seluruh dunia ini. Aktiviti kepengakapan masih diteruskan dengan norma yang baru. Para pemimpin masih berpegang dengan amanah yang diberikan dan menjalankan amanah tersebut dengan berat dan beban. Para pemimpin mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat seperti Pertandingan Kuiz Pengakap atas talian, kelas kepengakap atas talian, Ujian kepengakapan atas talian, perjumpaan kumpulan atas talian dan lain-lain lagi.

Pandemik ini tidak memutuskan semangat para pemimpin untuk terus berkhidmat untuk pengakap malah membarakan lagi semangat para pemimpin terhadap kepengakapan. Sepanjang tempoh ini, para pemimpin perlu mengharungi pelbagai cabaraan dan dugaan yang baru bagi memastikan aktiviti yang diadakan bersesuaian dengan keadaan semasa disamping mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Seturus itu, Para pemimpin mempunyai jasa yang tinggi dalam pengorbanan diri mereka dalam memastikan aktiviti kepengakapan terus bergerak tanpa kira dalam apa jua keadaaan yang berlaku bagi memastikan ahli-ahli pengakap terus bergerak aktif walaupun melalui medium maya dan atas talian.

Dengan ini, Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara dirangkakan untuk dianugerahkan kepada para pemimpin yang terus berkhidmat dan menakburkan bakti sepanjang tempoh Pandemik bagi mengyanjung dan menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pemimpin.

 

JAWATANKUASA PENGURUSAN ANUGERAH

Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin DJN., PKT., PJK.,
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang
 
Tuan Heng Soo Peng DJN.,PKT.,PJK.,PJM.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang
 
Tuan Ong Ewe Keat
Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang
 
Tuan Ts Chew Ching Yee PJM.
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang
 
Cik Nur Azimah binti Ahmad
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Pulau Pinang

 

Penganugerahan

ANUGERAH KHAS KHIDMAT BAKTI MUTIARA
Penganugerahan: Sijil & Ribben

Penerima anugerah akan menerima Sijil dan Ribben dalam penganugerahan ini.

 

Kriteria Penganugerahan

Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin yang telah menaburkan khidmat dan bakti dengan cemerlang serta menunjukkan semangat yang tinggi dalam menggerakkan aktiviti kepengakapan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 (Mac hingga Disember 2020) dengan memenuhi syarat dan kriteria berikut: 

 

i) Kategori Pesuruhjaya / Pemimpin / Kelana yang bertugas sebagai Barisan Hadapan

  1. Mendaftar sebagai ahli untuk tahun 2020.
  2. Telah berkhidmat secara sukarela sebagai barisan hadapan yang diiktiraf semasa PKP seperti Polis, Tentera, Rela, Pertahanan Awam, Doktor dan Jururawat.

 

ii) Kategori Pemimpin Pengakap (dari 18/3/2020 sehingga 31/12/2020)

  1. Telah mendaftarkan diri serta ahli kumpulan pimpinannya bagi tahun 2020.
  2. Menunjukan semangat dalam menggerakkan aktiviti kepengakapan sepanjang tempoh pandemik.
  3. Memastikan aktiviti kepengakapan kumpulan terus bergerak samada secara maya atau bersemuka seperti bawah:
  Bahagian A (Pilih satu)
A1 Menjadi pengelola 2 program atau aktiviti dalam talian dengan penglibatan tidak kurang daripada 50 orang ahli pengakap bagi setiap sesi. 
  ATAU
A2 Membantu pemimpin lain mengelola 4 program atau aktiviti dalam talian dengan penglibatan tidak kurang daripada 50 orang ahli pengakap bagi setiap sesi.
   
  Bahagian B (Pilih satu)
B1 Menganjurkan perjumpaan khas untuk ahli tidak kurang daripada 5 orang secara bersemuka sekurang-kurangnya 2 kali untuk membantu mereka mencapai kelulusan dalam 1 Lencana Kemajuan (Lencana Keahlian, Lencana Keris Gangsa, Perak, Emas, Lencana Usaha, Maju, Jaya atau satu Lencana Tertinggi).
  ATAU
B2 Menganjurkan perjumpaan khas untuk ahli tidak kurang daripada 5 orang secara bersemuka sekurang-kurangnya 3 kali untuk membantu mereka mencapai kelulusan dalam 2 Lencana Kepandaian.
  ATAU
B3 Membantu pemimpin lain dalam perjumpaan bersemuka sekurang-kurangnya 4 kali untuk membantu mereka mencapai kelulusan dalam Lencana Kemajuan atau Lencana Kepandaian seperti di B1 atau B2.
  ATAU
B4 Menjalankan tugas dalam membantu sekurang-kurangnya 1 ahli untuk mencapai Rambu PKK / PM / PR.

 

iii) Pesuruhjaya Pengakap (dari 18/3/2020 sehingga 31/12/2020)

  1. Menganjurkan sekurang-kurangnya 1 aktiviti atau program sebagai pengelola bagi portfolio masing-masing.
  2. Membantu sekurang-kurangnya 2 aktiviti atau program di peringkat daerah atau negeri.

 

iv) Pesuruhjaya Penerima Khas

  1. Mana-mana individu yang difikir dan didapati layak oleh Jawatankuasa Pemilihan Anugerah untuk menerima anugerah ini boleh dianugerahkan. 

 

PEMOHONAN PENCALONAN

  1. Pemimpin yang telah menyempurnakan tugasan seperti yang dinyatakan dalam kriteria penganugerahan boleh mendapatkan borang pencalonan melalui laman web Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang. (Laman Borang Pencalonan Online Akan Diumumkan pada September 2020)
  2. Laporan, gambar aktiviti serta dokumen yang berkaitan WAJIB disertakan mengikut format yang ditetapkan.
  3. Laporan yang dimuatnaik mestilah disahkan oleh Guru Besar / Pengetua / Kuasa Pengajur kumpulan masing-masing.
  4. Salinan kad keahlian tahun 2020 atau borang pendaftaran ahli tahun 2020 WAJIB disertakan.

 

Dengan ini, diharap dengan penanugerahan Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara ini dapat membarakan lagi semangat para pemimpin dalam membimbing dan memimpin pengakap menuju ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang disamping menghargai jasa dan bakti perkhidmatan yang telah ditaburkan kepada pengakap.

Sekian, terima kasih.

 

Laman Borang Pencalonan Online Akan Diumumkan pada September 2020. Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum 31 Julai 2020, pihak kami akan kumpul dan kemas-kini di FAQ.


 

 

Frequent Ask Question (FAQ)

  1. Adalah Pengakap luar daripada Negeri Pulau Pinang boleh memohon?
    • Jika anda adalah pengakap luar daripada Negeri Pulau Pinang, anda boleh membincang dan mendapatkan kebenaran Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri anda berada sebelum merancang untuk terlibat memenuhi kriteria tersebut.
    • Semua aktiviti yang dikelolakan hendaklah memanfaat kepada Ahli-ahli Pengakap Negeri Pulau Pinang

Print

More Articles ...

  • 1
  • 2
  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

Like Us