Prosedur Tetap Majlis Anugerah

PROSEDUR TETAP
ISTIADAT PENGANUGERAHAN ANUGERAH PERKHIDMATAN PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG DAN SIJIL PENGAKAP RAJA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

1. PENDAHULUAN

  1. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMNPP) ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan yang dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang.
  2. Untuk mengelakkan dari sebarang kesulitan, tuan dinasihatkan supaya mengambil perhatian terhadap peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jawatankuasa majlis bertanggungjawab atas kelancaran perjalanan majlis penganugerahan.
    (Jawatankuasa majlis berhak tidak membenarkan penerima atau tetamu memasuki dewan istiadat sekiranya peraturan-peraturan ini tidak dipatuhi.)
  3. Peraturan-peraturan yang lain akan ditetapkan pada hari Majlis Penganugerahan mengikut tetapan protokol TYT.


2. TARIKH ISTIADAT

Istiadat Penganugerahan akan diadakan seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 5hb Jun 2022 (Ahad)
Masa : Mulai 1:00 petang – 6:00 petang
(Raptai dan Majlis Penganugerahan)
Tempat : The Top Convention Hall, L4 KOMTAR, Georgetown


3. RAPTAI

  1. Bagi melancarkan perjalanan majlis, raptai akan diadakan sebelum majlis. Makan tengah hari adalah tanggungan tuan sendiri manakala jamuan ringan akan disediakan selepas selesainya majlis.
  2. Penerima adalah WAJIB hadir ke raptai bagi memastikan kelancaran istiadat penganugerahan.
    (Penerima yang TIDAK menghadiri RAPTAI,namanya TIDAK akan dipanggil untuk menerima Bintang dan Pingat pada Majlis Istiadat tersebut.)

 

4. TETAMU

  1. Penerima Bintang, Pingat dan Sijil Kepujian perlu membayar jika ingin membawa tetamu jemputan dan dihadkan seorang sahaja.
  2. Caj bayaran untuk seorang tetamu ialah RM50 seorang.
  3. Penerima Sijil Pengakap Raja sahaja dibenarkan membawa 2 orang tetamu tanpa caj.

 

5. SAHSIAH DIRI PENERIMA-PENERIMA BINTANG DAN PINGAT

  1. Lelaki: Rambut hendaklah pendek dan kemas, tidak diwarnakan, tidak menutup telinga, tidak melepasi kening dan kolar baju. Pemakaian subang/rantai/anting-anting tidak dibenarkan sama sekali.
  2. Wanita: Berketrampilan kemas, rambut tidak diwarnakan (yang bukan muslim) dan memakai tudung (yang muslim). Solekan hendaklah tidak keterlaluan.

 

6. PAKAIAN SEMASA ISTIADAT

Peraturan pakaian ini adalah terpakai kepada semua penerima dan tetamu penerima, atau wakil Penerima Sijil Pengakap Raja.

LELAKI :

  • Bush Jacket Pengakap Lengan Panjang, ATAU
  • Uniform Pengakap yang lengkap dari topi sehingga kasut mengikut peraturan pemakaian seragam Persekutuan Pengakap Malaysia, Atau
  • Pakaian Kebangsaan (Baju Melayu) berwarna gelap serta bersampin, ATAU Kot hitam dan bertali leher. Butang baju hendaklah dikenakan, DAN Bersepatu kulit hitam dan berstoking hitam.

WANITA :

  • Bush Jacket Pengakap Lengan Panjang, ATAU
  • Uniform Pengakap yang lengkap dari topi sehingga kasut mengikut peraturan pemakaian seragam Persekutuan Pengakap Malaysia, Atau
  • Baju kurung / kebaya labuh berwarna gelap, DAN
  • Kasut berwarna hitam dan tidak menampakkan jari kaki.

(Pihak Jawatankuasa Majlis mempunyai kuasa untuk melarang penerima- penerima menyertai Majlis Istiadat, sekiranya tidak mematuhi peraturan pakaian dan sahsiah diri yang telah ditetapkan.

 

Peratuan Pakaian Penerima Pengakap Raja.

  • Pakaian Seragam Pengakap Remaja dengan Selempang Lencana-lencana terdahulu, dan Lencana Pengakap Raja di Lengan Kiri, dan Rambu Pengakap Raja di sebelah Kanan.
    • Lelaki - Lengang Pendek
    • Wanita - Lengan Panjang, Tudung Kelabu Asap (Untuk Muslim)
    • Kasut Berkulit
    • Topi Forage Cap
    • Tali Pinggang Berkepala Gangsa (Lelaki)

 

7. TATATERTIB

  1. Semua penerima dan tetamu hendaklah menjaga suasana istiadat / etika semasa majlis.
  2. Dilarang sama sekali bercakap ataupun membuat bising di dalam dewan istiadat.
  3. Telefon bimbit yang dibawa masuk ke dewan istiadat hendaklah dimatikan atau diletakkan dalam mood senyap (silent).
  4. Merokok adalah dilarang sepanjang majlis.
  5. Penerima-penerima khasnya yang duduk di barisan-barisan hadapan diminta jangan menyilangkan kaki.

 

8. JAMUAN

Jamuan ringan akan diadakan selepas Istiadat Penganugerahan. Penerima dan tetamu adalah dijemput ke jamuan tersebut.

 

9. PERKHIDMATAN JURUGAMBAR BERBAYAR

Pihak majlis akan menyediakan perkhidmatan jurugambar professional untuk majlis ini. Oleh itu, penggunaan kamera atau perakam video persendirian adalah tidak dibenarkan sepanjang majlis berlangsung. Maklumat berkenaan perkhidmatan jurugambar akan diedarkan semasa pendaftaran.


 

Garis Panduan Kawalan Kehadiran Ke Majlis (Majlis Keselamatan Negara, 1 April 2022)

Hadirin perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berikut:

  1. Penerima dan tetamu jemputan perlu menerima vaksinasi sekurang-kurangnya 2 dos sebelum menghadiri majlis. Tidak dibenarkan hadir jika tidak menerima vaksinasi.
  2. Penerima dan tetamu jemputan perlu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kod QR di laluan masuk dan hanya individu dengan status MySejahtera ‘Risiko Rendah’ sahaja dibenarkan masuk.
  3. Individu bergejala atau positif COVID-19 atau di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) tidak dibenarkan hadir.
  4. Memakai pelitup muka sepanjang masa majlis dijalankan.
  5. Sentiasa mematuhi penjarakan fizikal dan elakkan kontak fizikal seperti berjabat tangan.

Print

Prosedur Tetap Majlis Anugerah 2023

PROSEDUR TETAP DAN GARIS PANDUAN
ISTIADAT PENGANUGERAHAN ANUGERAH PERKHIDMATAN PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG DAN SIJIL PENGAKAP RAJA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

 

Print

Prosedur Tetap Majlis Anugerah 2025

PROSEDUR TETAP DAN GARIS PANDUAN
ISTIADAT PENGANUGERAHAN ANUGERAH PERKHIDMATAN PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG DAN SIJIL PENGAKAP RAJA, PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

 

Print

Senarai Nama Penerima Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang 2018

Senarai Nama Penerima Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang 
Tahun 2018

 

BINTANG BAKTI SETIA MUTIARA / PEARL LOYAL SERVICE STAR

TUN DATO’ SERI UTAMA (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS

TAN SRI DATO’ SERI PADUKA DR. HAJI SHAFIE BIN HAJI MOHD SALLEH

 

BINTANG KEBAKTIAN MUTIARA / PEARL MERITORIOUS STAR

MEJ. JEN. (B) PROF. DATO’ DR. HAJI MOHD ZIN BIN BIDIN

 

BINTANG KESETIAAN MUTIARA / PEARL LOYALTY STAR

NIT PROMPRASIT (KEHORMAT)

DATO' LIM ENG GHEE

DATO' KHOO YEOH GAN HONG

DATO' CHAN KIT SIN

DATO’ ONG SENG HUAT

DATUK HAJI ZAKRAN BIN ABD MANAN

ENCIK KHOO HENG SAN

ENCIK CHYE ONN TECK

 

BINTANG KESETIAAN MUTIARA / PEARL LOYALTY STAR

ENCIK MOHD JAMIL BIN MOHAMED

HAJI NASARUDDIN BIN SHAMSUDDIN

 

PINGAT GEMILANG MUTIARA / PEARL GLORIOUS MEDAL 

ENCIK BEH HONG THIEW

ENCIK RAJALINGAM RAMASAMY

HAJI MOHD ZULKIFLI BIN DATO' MAULUD

ENCIK KAM WOI CHEE

ENCIK OOI SOO GHEE

ENCIK MOHD ZAKI BIN NURUDDIN @NORDIN

 

PINGAT CEMERLANG MUTIARA / PEARL DISTINGUISHED MEDAL

ENCIK ABU BAKAR BIN AWANG

ENCIK CHEW CHING YEE

HAJI MOHAMMAD SABHI BIN OTHMAN

ENCIK MOHD HAFIFE BIN ABDUL HALIM

CIK ROSNAH BINTI BAHAROM

ENCIK TEOH KHENG LIN

HAJJAH ZAITON BINTI MAT ZAIN

ENCIK JAMES KHOO CHONG JIN

 

PINGAT KEPUJIAN MUTIARA / PEARL DISTINCTION MEDAL

CHEN CHIU PING (KEHORMAT)

PROF. CHEN MING CHUN (KEHORMAT)

KUO HSIEN TIEN (KEHORMAT)

ROMLEE SUMALEE (KEHORMAT)

UDOM CHOOLIWAN (KEHORMAT)

WONG LUI SHEK (KEHORMAT)

YEH YI SHIN (KEHORMAT)

ENCIK ANUAR BIN SHA’ARI

PUAN NORHAYATI BINTI MOHAMAD

ENCIK DAVID KHOO CHON-YI

ENCIK WONG KOK NIAN

CIK YEOH MOOI LEE

Print

  • 1
  • 2
  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

 

Like Us