Written by Wong Kok Nian. Posted in Aktiviti
Program I'm Vaccinated Pengakap Negeri Pulau Pinang
Salam Pengakap rakan-rakan sekalian,
Bagi menggalak dan menghargai para pemimpin dan pengakap negeri Pulau Pinang untuk mengambil bahagian dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan menunjukkan status vaksinasinya, satu Lencana Khas “I’m Vaccinated“ akan dilancar dan dihadiahkan secara percuma kepada mereka yg telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Rakan-rakan boleh mendaftar menggunakan borang dalam talian seperti di bawah, dan pengagihan akan diadakan secara peringkat daerah. Sila rujuk daerah masing-masing untuk rujukan dan butiran pengagihan.
Lencana kain ini akan dipakai di uniform bagi menunjukkan dengan jelas bahawa anda telah divaksinasi.
Lencana ini telah dilancarkan oleh YB Soon Lip Chee, EXCO Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang Merangkap Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang pada 1 September 2021, jam 8 Malam menerusi FB Live.
Bersama-samalah kita berusaha ke arah mencapai Imuniti Kelompok.
Lindung diri, lindung semua.
Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lencana ini dipakaikan diatas (1cm) Lencana WOSM. Tempoh pemakaian adalah 2 tahun dari tarikh penerimaan sijil perakuan.
Contoh Pemakaian