Permohonan Tauliah Pemimpin / Penolong Pemimpin

(Kumpulan / Lebah / Kanak-kanak / Muda / Remaja / Kelana)

Langkah-langkah permohonan seperti berikut:-

 

Langkah 1: Muat Turun Borang PPM-4A (Pindaan Tahun 2023)

Sila muat turun (download) borang PPM-4A dari sini:-

* Wajib muat turun borang PPM-4A dalam Microsoft Word Format dan simpan dalam komputer peribadi bagi langkah 1.

 

Langkah 2: Isi Borang PPM-4A dan Cetak

(i) Sila isi borang PPM-4A dengan menaip (Jangan tulis dengan tangan). Jangan isi borang di share drive, sila isi borang dan simpan di kumputer peribadi.

(ii) Sila cetak 1 salinan borang PPM-4A tersebut dengan berwarna pada helaian halaman depan dan belakang.

 

Langkah 3: Dapat Pengesahan/Sokongan

Sila mendapat pengesahan/sokongan daripada pihak-pihak berikut:- 

  1. Kuasa Penganjur Kumpulan (contoh: Pengetua Sekolah / Guru Besar)
  2. Setiausaha PPM Daerah
  3. Pesuruhjaya Pengakap Daerah

 * Tandatangan dan cap jawatan asal diperlukan semasa pngesahan.

 

Langkah 4: Imbas Borang PPM-4A, Kad Keahlian Pengakap, Kad Pengenalan (MyKad) dan Sijil Manikayu

Sila imbas (scan) dokumen-dokumen berikut:-

  1. Borang PPM-4A asal yang telah lengkap dengan pengesahan/sokongan.
  2. Kad Keahlian Pengakap Tahun Semasa.
  3. Kad Pengenalan (MyKad).
  4. Sijil Manikayu 2 butir * (jika ada)
  5. Sijil Penyertaaan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 * (jika tiada sijil manikayu 2 butir).

* Sijil Manikayu 2 butir atau Sijil Penyertaan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 perlu sama unit pengakap dengan jawatan dipohon.

 

Langkah 5: Permohonan Dalam Talian (e-Tauliah)

Sila membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan menggunakan pautan berikut:-

 

* Borang PPM-4A, kad keahlian pengakap tahun semasa dan kad pengenalan (MyKad) yang telah di-imbas perlu muat naik (upload) ke sistem e-Tauliah ini.

* Sijil Manikayu 2 butir atau Sijil Penyertaaan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 yang telah di-imbas perlu muat naik (upload) ke sistem e-Tauliah ini (Jika ada).

 

Langkah 6: Hantar Dokumen-Dokumen yang lengkap ke Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang

Sila hantar dokumen-dokumen (hardcopy) berikut ke Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang:-

  1. Borang PPM-4A asal yang lengkap dengan pengesahan (Salinan fotostat tidak diterima)
  2. Salinan Kad Keahlian Pengakap tahun semasa
  3. Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
  4. Salinan Sijil Manikayu 2 butir (Jika ada)
  5. Salinan Sijil Penyertaaan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Jika tiada sijil manikayu 2 butir)

 

Langkah 7: Semak Status Permohonan Secara Dalam Talian

Sila semak status permohonan dari masa ke semasa dengan menggunakan pautan berikut:- 

 

Langkah 8: Pengeluaran Sijil Tauliah Sementara

Pemprosesan permohonan Tauliah Sementara mengambil masa sekurang-kurangnya 1 bulan setelah menerima dokumen-dokumen berkaitan dalam hardcopy.

Jika permohonan diluluskan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, sijil tauliah sementara akan e-mel kepada pemohon (sila semak e-mel termasuk spam / junk).

Tahniah! Anda telah dilantik sebagai pemimpin/penolong pemimpin dibawah Persekutuan Pengakap Malaysia.


Tauliah Sementara

Tauliah sementara diberi kepada pemohon untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin/penolong pemimpin dalam kumpulan selama tiga (3) bulan sebagai percubaan. Dengan ini, pemimpin/penolong pemimpin yang mempunyai tauliah sementara akan dapat perlindungan dibawah Dasar dan Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia.


Tauliah Tetap

Setelah bertugas sebagai pemimpin/penolong pemimpin genap 3 bulan tempoh percubaan, tauliah tetap akan dipohon daripada Ibu Pejabat PPM Kebangsaan (HQ) setelah Pesuruhjaya Daerah berpuas hati dan sokong pemohon untuk memegang Tauliah Tetap.

Sijil tauliah tetap akan disampaikan melalui Pesuruhjaya Daerah setelah sijil tersebut telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PPM Kebangsaan (HQ).

* Sijil tauliah tetap hanya akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PPM Kebangsaan (HQ) kepada pemimpin/penolong pemimpin yang mempunyai Sijil Manikayu (2 butir) atau sekurang-kurangnya lulus kursus kepimpinan manikayu peringkat I bagi unit pengakap yang sama dengan jawatan dipohon.

* Pemimpin/penolong pemimpin yang TIDAK mempunyai Sijil Manikayu 2 butir digalakkan untuk menghabiskan latihan manikayu 2 butir untuk memegang tauliah tetap. Latihan manikayu merangkumi Peringkat Pengenalan, I, II, III(A), III(B) dan IV.