• Home
  • Skim Latihan Pengakap Remaja

Skim Latihan Pengakap Remaja

PENDAHULUAN

Unit PENGAKAP REMAJA adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak-kanak dan kedua Pengakap Muda.  Bahagian ini ialah bagi budak - budak yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun.

Tujuan bahagian ini ialah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat lathan sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat.

Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umurnya 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Jika sekiranya belum lulus Lencana Jaya la boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini.

  1. Setelah mendapat Lencana Keahlian Pengakap (lhat Skim Lencana Pengakap Muda) dan teruskan,
  2. Menjalani latihan bagi mendapatkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya mengikut Skim Latihan Pengakap Muda dalam masa yang singkat tetapi berpatutan sebelum memulakan kerja bagi Lencana Tertinggi

Peraturan pembentukan unit dan patrol Pengakap Remaja adalah sama seperti  bagi Pengakap Muda. (lihat Skim Latihan Pengakap Muda).


 1. Lencana Jayadiri

 Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam Kenegaraan, Fungsi-fungi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.

  1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.
  2. Melukis dan menerangkan rupabentuk bendera semua Negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing.
  3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain.
  4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan.
  5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.

 


2. Lencan Kemahiran

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup.

Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -

  1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
  2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut :
    • Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know)
    • Simpul Raga (Carrick Bend)
    • Simpul Serban (Turk's Head)
    • Simpul Buaian (Scaffold Hitch)
    • Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)
    • Monyet (Monkey Fist Knot)
    • Sambat Pendek (Short Splice)
    • Ikat Seraya Jepun (Japanese Lashing)
    • Ikat Serong Filipina (Filipino Lashing)
    • Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch)
  3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu :-
    • '3-2-1'
    • 'log&picket'
    • 'dead-man'
  4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
  5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
  6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/ daging dan telur.
  7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast.
  8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
  9. Membuat SATU model projek perintis.
  10. Lakukan 1 yang berikut : -
    1. Berenang 50 meter berpakaian lengkap
    2. Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan.
    3. ATAU
    4. Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk 'abseilling', langkah keselamatan, sistem belay, cara 'abseilling' dan melakukannya sejauh 8 meter
    5. Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.
      • melalui titi goyang.
      • melalui titi komando.
      • melalui titi pacak.
      • bergayut tali.
      • bergayut monyet.
      • merangkak 'deadman's crawl'.
      • menyusupi halangan tayar.
      • merangkak bawah jaring.
      • melalui terowong.
      • memanjat tali.
      • memanjat pokok
      • memanjat tangga.
      • memanjat tembok.
      • memanjat batang pokok.
    6. Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi. - 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)

 


3.Lencana Kegiatan

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam Ketukangan, Tarian Kebudayaan, Seni Krat, Pertanian, Seni Muzik, Seni Beladiri, ICТ dan pengendalian Urusetia.

  1. Pementasan

Mengambil bahagian Utama sebagai pelakon atau pengarah dalam satu lakonan diperingkal sekolah atau mana-mana peringkat lain.

ATAU

  1. Pertukangan Kayu / Logam

 Membuat sebuah perabot yang berguna seperti bangku, tempat letak kasut, meja kecil, tempat sangkut tuala, tempat letak buku dan sebagainya.

ATAU

  1. Tarian Kebudayan

Menari satu jenis tarian kebudayaan kebangsan yang benkut aitu Joget, Inang, Canggong, Zapin, Sumazau, Ngajat dan tarian-tarian yang terkandung dalam Kebudayaan Negara.

ATAU

  1. Kraftangan/ Kerjatangan

 Membuat satu perkara di bawah ini yang memuaskan dengan usaha sendiri -

  1. Ciptaan seni ukir / seni arca.
  2. Cap mengecap batik
  3. Anyaman tradisional.
  4. Lukisan mural.
  5. Jahitan / tenunan/ tekat / gubahan! kait-mengait.

ATAU

  1. Seni Mempertahankan Diri

Memahirkan diri dalam sejenis seni mempertahankan drn seperti Silat, Kung Fu, Silambam, Taekwondo, Karate dan sebagainya.

ATAU

  1. Muzik

 Dapat memainkan dengan baik sejenis alat muzik, moden atau alat muzik tradisional.

ATAU

  1. Urusetia

Mengelolakan satu perjumpan seperti seminar, forum, khemah kerja dan sebagainya.

ATAU

  1. Pertanian
    1. Mengetahui cara membuat tut,
    2. Mengetahui campuran tanah untuk tut pada bahagian pokok.
    3. Menanam bahagian tut dan mengetahui campuran tanah di dalam beg ! pasu.

ATAU

  1. Komputer
    1. Mengetahui jenis komputer dan bahagian pada sebuah komputer.
    2. Mengetahui cara mengendali sebuah mikrokomputer dan faham apa dia system pengoperasian OS (Operating System).
    3. Mengetahui kegunaan komputer di pejabat dan industry
    4. Mengetahui jenis perisian yang terkini dari segi penggunaan.
    5. Menyediakan dengan memuaskan satu pengaturcaraan komputer (Windows) dan sebagainya atau dalam kemahiran seperti berikut
      • pemprosesan perkataan (seperti Ms Office, Ms Word) Sistem pengurusan pangkalan data (seperti Ms Access) persembahan multimedia (seperti Ms Powerpoint)

 


4. Lencana Ekspedisi

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja Udara, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki Gunung, berjalan kaki dan melengkapkan Log Ekspedisi seperti disyaratkan.

  1. Latihan Ekspedisi

Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg termasuk 10 kg barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia menyediakan dan menyusun keperluan peribadi dalam beg sandang (haversack).

    • Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol (4 hingga 7 orang) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 8Okm ATAU 150km berbasikal dengan melaksanakan tugasan.
    • Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit-bukau.
    • Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam dan sarapan secara 'backwoods' atau seumpamanya.
    • Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam.

ATAU

  • Berjalan kaki bersama patrol (4-7 orang) tidak kurang dari 40km dalam masa 24 jam terus-menerus dengan melaksanakan tugasan.
  • Perjalanan hendaklah meliputi pinggiran bandar, desa atau luar bandar.
  • Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan yang disediakan secara 'backwoods' atau seumpamanya.
  • Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam selama 10 jam.

ATAU

  • Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50km selama 4 hari 3 malam di sungai atau persisiran pantai.

ATAU

  • Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengikut keadaan tempatan) tidak kurang 4,500 kaki dari aras laut.
    • Menyediakan laporan bertulis Log Ekspedisi mengikut format yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
    • Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman atau video dan sebagainya dan hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan tidak lewat 10 hari selepas ekspedisi.

 


5. Lencana Perkhidmatan

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan, kemahiran, kecekapan dalam pertolongan Cemas, Kebombaan, Penyelamat Nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengannya.

  1. Menyelamatkan Nyawa.

Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut:

  1. Pertolongan Cemas - Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan bertauliah atau St. John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya).
  2. Pemadam Api - Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  3. Penyelamat Nyawa atau 'Bronze Medallion' daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan -bad an lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

 

  1. Perkhidmatan Masyarakat.

Membuat kerja amal yang diakui, kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam tempoh 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir, bencana alam, di rumah ibadat, rumah Kebajikan, khidmat tergempar bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenr an (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung : JKKK) atau seumpamanya.

 


Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Remaja - Anugerah Ketua Pengakap Negara

Seorang Pengakap Remaja setelah mendapat kesemua 5 Lencana Tertinggi (maksimum 1 lencana sahaja dalam masa 1 bulan) boleh dianugerahkan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Remaja Anugerah Ketua Pengakap Negara (AKPN) dengan syarat-syarat berikut :-

  1. Lulus semua ujian Lencana Tertinggi sekurang-kurangnya 2 bulan selepas.
  2. Menunjukkan sikap dan keupayaan kepimpinan yang cemerlang dan boleh dicontohi.
  3. Mengamalkan prinsip Pengakap.
  4. Berkelakuan baik dan disegani

Borang Permohonan Individu (Borang A - PR) Penganugerahan Anugerah Ketua Pengakap Negara (Rambu Pengakap Remaja)

 

Borang Kelompok (Borang B - PKK) - Untuk Tindakan Pesuruhjaya Daerah

 

Laman Sesawang Pengemukaan Permohonan Penganugerah Sijil Rambu

https://daftar.penangscout.org/rambu

 

Carta Aliran Proses Permohonan Penganugerah Sijil Rambu

 


 Panduan Laluan Ke Arah Pengakap Raja:

Road to King's Scout

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri (Pengakap Kanak-Kanak) - En. Asyraf Bin Zulkafli (013-392 6315)
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri (Pengakap Muda) - En. Yew Yee Sheng (012-667 0525)
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri (Pengakap Remaja) - Cik Yeoh Mooi Lee (012-685 1260)

 

Print

  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

 

Like Us