Skim Latihan Pengakap Kelana
Pendahuluan
PENGAKAP KELANA telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Aktiviti Pengakap dimulakan oleh Lord Baden-Powell (BP) sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai inisiatif untuk Pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang. Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permuIaan kepada kegiatan berpengakap.
Buku panduan yang bertajuk “Scouting for Boys” telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripada sebahagian Kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan dengan segera meIetakkan idea BP sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat wajar.
Oleh sebab kegiatan berpengakap semasa peringkat awal penubuhannya lebih tertumpu pada golongan kanak-kanak dan remaja, ahli-ahli Pengakap ama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhjan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana (Rover Scouts) dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Senior (Senior Scouts). Walau bagaimanapun, pada tahun 1918, nama ini telah ditukar menjadi Pengakap Kelana.
Pada tahun 1922, BP telah menulis sebuah buku Rovering To Success sebagai panduan untuk Pengakap Kelana. Di dalamnya, beliau membentangkan tujuan dan matlamat Pengakap Kelana dan menggambarkan jalan ke arah kehidupan yang dilihat beliau sebagai panduan untuk pemuda-pemuda mengikuti keadaan semasa.
Pada tahun 1931, Perkhemahan Kelana Sedunia (World Rover Scout Moot) yang pertama telah diadakan di Kandersteg, Switzerland. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 3000 ahli Pengakap Kelana dan keputusan untuk menerima Pengakap Kelana sebagai pergerakan seluruh dunia telah dicapai semasa perkhemahan ini.
Tahun 1975 memperlihatkan pembangunan yang pesat dalam Pengakap Kelana apabila keahlian dibuka kepada wanita muda di Malaysia.
Pengenalan Skim Latihan Pengakap Kelana
Latihan Pengakap Kelana diadakan untuk meningkatkan kemahiran pelbagai aspek daripada sesebuah Krew kepada Krew yang lain. Ia adalah tanggungjawab utama sesebuah Krew. Latihan formal ini termasuk masa untuk seseorang individu itu meningkatkan pemahaman peribadi melalui pemeriksaan sendiri.
Apabila seseorang Pengakap Remaja memasuki Krew Pengakap Kelana, mereka selalunya akan mengadakan suatu istiadat yang dikenali sebagai lstiadat Meningkat Naik. Bakal Kelana adalah orang yang berkelayakan untuk menyertai pergerakan Pengakap dan mungkin juga layak untuk menyertai Kelana. Bagi Ahli Baru, Ahli berkenaan mestilah terlebih dahulu menjalani ujian Lencana Keahlian yang dikhaskan untuk Pengakap Kelana. Ahli Baru yang LULUS ujian berkenaan akan dianugerahkan Lencana Keahlian. Majlis Penganugerahan adalah satu majlis yang ringkas. Ia hanya melibatkan penyampaian tanda nama ahli kumpulan dan Lencana Kelana serta pemakalan Epolet Pengakap Kelana.
Skim Latihan Pengakap Kelana bermula dan:
- Lencana Keahlian (Ahli Baru)
Diikuti dengan (3) TIGA Lencana Wajib Pengakap Kelana:
- Lencana Kemahiran Pengakap
- Lencana Perkhidmatan Pengakap
- Lencana Pengembaraan
Dan (1) SATU Lencana PiIihan Pengakap Kelana iaitu:
- Lencana Kepimpinan.
- Lencana ICT
- Lencana Ekstrem
- Lencana Penyelamat Nyawa
- Lencana Keusahawanan
Anugerah Baden Powell ( B-P Award)
Setelah Ahli Pengakap Kelana itu telah memenuhi perkara-perkara diatas ianya akan dianugerahkan dengan Anugerah Baden Powell (B-P Award) dan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kelana mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
Lencana Keahlian

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.
Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap.
- Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap.
- Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana.
- Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pergerakan Pengakap Antarabangsa.
- Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam.
- Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut :
- Buku Sila (Reef Knot)
- Bunga Geti (Sheet Bend)
- Simpul Manuk (Clove Hitch)
- Tindih Kasih (Bowline)
- Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
- Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
- Ikatan Seraya (Square Lashing)
- Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
- Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Lencana Kemahiran

Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.
A. Berkhemah
- Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut:
- Pengurusan dan petadbiran perkhemahan.
- Pesediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
- Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan.
- Jenis khemah dan cara mendirikannya.
- Dapur, alatan dan gejet serta kegunaannya.
- Aktiviti dan program perkhemahan.
- Kesihatan dan kebersihan
- Aturan Penutupan Perkhemahan
- Nota: Perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon:
- Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan menyediakan laporan perkhemahan.
- Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan.
B. Projek Perintis
- Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU Projek Perintis bagi setiap kategori yang dinyatakan di bawah:
- Jambatan
- Menara
- Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang dinyatakan di atas)
- Menyediakan model bagi semua projek perintis yang telah dibina dalam bahagian (1).
C. Pengurusan Kuartermaster
- Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai Kuartermaster yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat.
D. Kawad
- Mengetahui tatacara dan hukuman kawad
- Kawad Kaki Pengakap
- Kawad Tongkat Pengakap
- Mengetahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua Kawad.
E. Orienteering
- Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai sisi latihan dan aktiviti yanf dijalankan.
F. Ikhtiar Hidup
- Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
G. Penganggaraan
- Mengetahui system penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
Lencana Perkhidmatan

Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.
A. Bantu Mula – wajib
- Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangka masa tertentu.
- Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran di bawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan:
- Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya.
- Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya.
- Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.
- Mengetahu jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga.
- Mengetahui cara rawatan gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa.
- Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan lain-lain.
- Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan.
- Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan.
- Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang cedera.
- Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.
B. Kebajikan Am – Wajib
Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat.
DAN (Minima Satu daripada Bahagian C dan D)
C. Pemelihara Alam Sekitar
- Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan di tempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan.
- Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti:
- Kempen Kebersihan Alam Sekitar
- Kempen Kitar Semula
- Kempen Kawasan Angkat Krew
D. Kebajikan
- Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam.
- Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan.
- Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital Kerajaan atau Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah.
- Menkalankan perkhidmatan di Rumah-Rumah Kebajikan
Lencana Pengembaraan

Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.
Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
- Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam).
- Berdayung sampan/kayak/rakit sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam).
- Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam).
- Bermotorsikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam).
- Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam).
- Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam).
*Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dan 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinya.
A. Laporan Pengembaraan
- Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan.
- Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan.
B. Persediaan Perjalanan
- Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu.
- Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampung, penghidupan kelompok kecil, penempatan orang ash dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.
- Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.
- Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Pekara penting yang wajib ada
- Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
- Peta pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi.
- Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.
- Projek ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.)
- Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto,rakaman, video, puisi dan sebagainya.
- Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko).
Peringatan
- Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang sahaja. Pemakiuman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan,) hendaklah diperoleh sebelum pengembaraan dimulakan.
- Calon hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
C. Kajicuaca
Calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa, kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Lencana Kepimpinan (Pilihan)

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar, Bengkel, Campfire Night.
Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut :
Kursus Kepinpinan Manikayu
Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat II.
ATAU
Pengurusan Acara
Mengetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa penganjuran sesuatu acara contohnya : Perkhemahan Daerah, Jambori, Perkhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain.
ATAU
Kursus Pemantapan
Menghadiri kursus pemantapan dan kecermelangan diri contohnya : Kursus Motivasi, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan Lain-lain.
ATAU
Komunikasi dan Pengucapan Awam
Menghadiri kursus Pencucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah.
ATAU
Pentadbiran
Menjawat jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana persatuan yang diiktirafkan dan sah dariundang-undang.
ATAU
Anugerah Kepimpinan
Menerima Anugerah Kepimpinan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya : Anugerah Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.
Lencana ICT (Pilihan)

Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.
A. Teknologi Maklumat.
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
- Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian computer.
- Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat.
- Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi:
- Windows, Linux, Macintosh.
- Microsoft Office Word, Excel dan Power Point.
- Menghasilkan sebuah persembahan multimedia.
- Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.
ATAU
B. Komunikasi dan Perhubungan
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
- Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan seminima 15 perkataan seminit.
- Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit.
- Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
ATAU
C. Perhubungan Antarabangsa
Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-Kelana Antarabangsa.
Lencana Aktiviti Ekstrem (Pilihan)

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.
Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan ekstrem di bawah :
- Mendaki Gunung.
- Menyelam Skuba (Scuba Diving).
- Berakit di Air Deras (White Water Rafting).
- Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking).
- Eksplorasi Gua (Caving).
- Wall / Rock Climbing.
- Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain.
- Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem.
Nota: Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Laporan Projek.
Lencana Penyelamat Nyawa (Pilihan)

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.
Memiliki salah satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia dalam memberikan perkhidmatan :
- Outdoor Survival.
- Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance).
- Bronze Cross.
- Pengurusan Risiko (Risk Management Course).
Nota: Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Laporan Projek.
Lencana Keusahawanan (Pilihan)

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan.
Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama meninima enam bulan dan menyediakan penyeta kewangan yang lengkap dan disahkan :
- Penternakan.
- Perikanan.
- Pertanian / Perladangan.
- Perniagaan.
Nota: Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Laporan Projek.
ANUGERAH B-P

Epolet Anugerah B-P & Rambu Pengakap Kelana
Setelah seorang Pengakap itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat Lencana-lencana Pengakap iaitu Lencana (Wajib) dan Lencana (Pilihan), Pengakap Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P.
- Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini, Pengakap Kelana tersebut hendaklah berumur di antara 18 hingga 25 tahun sahaja.
- Borang Pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
- Sijil dan Anugerah B-P ini, akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

