• Home
  • Informasi
  • Pengumuman dan Siaran

Lagu Rasmi Pengakap Malaysia

Lirik Lagu Pengakap Malaysia

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

Print

Lambang/Logo Rasmi Pengakap

 

Lambang/Logo Pengakap Sedunia

  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga
  • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
  • Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
  • Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
  • Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
  • Warna putih-kesucian dan kebersihan.

 

 

Lambang/Logo Persekutuan Pengakap Malaysia

  • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
    - Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.

  • Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
  • Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
  • Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
  • Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
    - Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",
    - Hijau - "Pengakap Muda",
    - Merah - "Pengakap Remaja"
     

 

Lambang Persekutuan Pengakap Malaysia (Dalam Hitam Putih)

Print

Makan Malam Sambutan 100 Tahun Latihan Dewasa Dalam Kepengakapan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang

Daftar Atas Talian: https://forms.gle/WWxe2gCcdA69XAqA7

Tarikh : 23 November 2019 (Sabtu)
Tempat : SMK Jalan Damai, Bukit Mertajam
Masa Pendaftaran : 6:30 petang

Penyertaan : 100 orang sahaja (Hanya terbuka kepada Pemimpin/ Penolong Pemimpin yang memegang manikayu 2 butir atau Jurulatih Antarabangsa/Penolong Jurulatih Kebangsaan bertauliah.)
Kod Pakaian : Pakaian Latihan bagi Jurulatih Antarabangsa/ Penolong Jurulatih Kebangsaan bertauliah atau Pakain Seragam

No. 3 dengan Skaf Gilwell bagi Pemimpin/Penolong Pemimpin yang memegang manikayu 2 butir.
Yuran : RM30.00 bagi setiap orang. (Termasuk makan malam dan setiap orang akan dapat sekeping lencana kain dan satu cenderahati)


Cara bayaran : Yuran harus dibayar sebelum 6 November 2019.
Bukti pembayaran sila ’Whatsapp” ke: 016-448 8863.
Maklumat pembayaran adalah seperti berikut:
Nama pemegang akaun : David Khoo Chon-Yi
Nama bank : Hong Leong Bank
Nombor akaun bank : 06250155053
Tarikh Tutup : 6 November 2019.

Maklumat Khas : Kemaja T bercolar Sambutan 100 Tahun Latihan Dewasa Dalam Kepengakapan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang adalah dijual secara pra-pesanan dengan RM30.00. Tuan/Puan yang berminat boleh membuat tempahan dengan menggunakan borang penyertaan dan membuat pembayar bersama dengan yuran penyertaan.

  Surat Jempuan Makan Makan Sambutan MK 100

 

Print

Kepengakapan di Pulau Pinang

Sejarah Ringkas Pengakap Di Malaysia

Perkembangan Pergerakan Pengakap di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1910 apabila ia ditubuhkan di Singapura dan di Pekan, Pahang. Semenjak itu pergerakan ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Jambori pengakap pernah diadakan di Pulau Pinang dalam tahun 1927, iaitu semasa pemerintahan Inggeris di negara ini.

Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.

Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.

Sejarah Pengakap di Negeri Pulau Pinang

Benih pergerakan Pengakap Tanah Melayu mula tumbuh di Pulau Pinang pada tahun 1908, dengan tertubuhnya pasukan percubaan dari Y.M.C.A.. Trup YMCA ini dipercayai adalah Trup pertama yang ditubuhkan oleh En. G.H. Goh seorang peguam bela.

Kemudian pada tahun 1915 tertubuhnya satu pasukan pengakap di Penang Free School oleh H.R. Cheesman.

1927 - Jambori Malaya pertama diadakan di Rifle Range Pulau Pinang. Bermula 

1931 - Pembukaan Ibu Pejabat Pengakap di 115 Jalan Macalister.
- Pengakap Kelana pertama – Georgetown ke 12 (S) ditubuhkan.

1936 - Pembukaan Kem Jubilee di Teluk Bahang.

1945 - 16 ahli Pengakap Kelana Pertama berunifom penuh dengan bendera Kelana mengalu-alukan H M’s Forces pada 3hb September.

1948 - Minggu Kerja Pertama oleh Pengakap di Pulau Pinang.

1952 - Perjumpaan “B-P” Guild bekas pengakap diadakan di ACS Pykett Avenue. Mesyuarat dipengerusikan oleh ‘Resident Commissioner’ Encik R.P. Bingham.

1953 - General Sir Gerald Templer mencadangkan pengakap remaja Lim Cheng Tatt dikurniakan ‘Gilt Cross’ untuk keberanian kerana menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak dari mati lemas.

1955 - Pembukaan Kem Coronation oleh Lord Rowallan Ketua Pengakap ‘United Kingdom dan Commonwealth ’

1957 - Centonoree diadakan di kem Jubilee dan Queen Scout Wee Chong Keat mewakili Pulau Pinang ke Jambori Jubilee di England.

1958 - Lady Baden-Powell memeriksa Rally Pengakap dengan beca ditunggang oleh seorang Pengakap Raja.

1959 - 5 pengakap remaja termasuk YB. Dato’ Dr. Sak Cheng Lum mewakili Pulau Pinang dalam Jambori Dunia ke 10 di Philipina.

1961 - Jambori pertama Pulau Pinang diadakan di Kem Jublilee. Roverette pertama Pulau Pinang di adakan di kem Jubilee di bawah ARSL Shamugam sebagai ketua kem

1962 - Indaba Malaya pertama diadakan di kem Jubilee di Pulau Pinang .

1963 - Tiga pengakap remaja mewakili Pulau Pinang ke Jambori dunia ke- 11 di Athens, Greece.
1964- Ketua Pengakap Commonwealth Sir Charles Maclean melawat Pulau Pinang .

1966 - Jambori Malaysia pertama diadakan di Kem Jubilee, Teluk Bahang. Seramai 2000 Pengakap dari 12 negara luar dan 13 negeri Malaysia mengambil Bahagian. Ketua kem adalah Datuk Wong Pow Nee bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan seorang pemimpin pengakap yang aktif..

1969 - Pembukaan resmi Wisma Pengakap di 1 Scotland Close oleh Y.T.M. Tengku Abdul Rahman Putra Al-haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

1973 - Indaba pertama Pulau Pinang di adakan di Kem Coronation dan ketua kem adalah En Ho Wai Foon.

1974- Jamborette Pulau Pinang ke 2 di Kem Coronation. Kem dianjurkan oleh ‘George Town (North) Local Association of Scouts’ dan ketua kem ADC Lim Eng Ghee.

1975 - Skud Perkhidmatan Pengakap ditubuhkan dibawah ASC Lim Eng Ghee. Nordjamb diadakan di Kem Coronation dan dihadiri oleh pengakap dari Selatan Thailand , Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

1976- ‘Goodwill Camp’ pertama untuk organisasi beruniform diadakan di Kem Coronation.
- Surat khabar pengakap Suara Pengakap dilancarkan.
- “Scoutwalk 76” diadakan untuk mendapat dana membangunkan Kem Teluk Bahang baru.

1979 – Jambori kanak-kanak antarabangsa diadakan di Kem Coronation.

1982- Jamuan Ulang tahun ke 76 dianjurkan oleh Jawatankuasa ‘BP Scout Brotherhood’ Pulau Pinang.

1984 - ‘2nd Scout Sedan Chair Rally’ yang terbesar dianjurkan oleh Pengakap Kelana ke 21 Georgetown (U) di Kem Coronation.
- ‘1st International Scout Games Galore’ diadakan di Wisma Pengakap Pulau Pinang dan dihadiri oleh pengakap dari Australia dan Indonesia.
- ‘1st Penang and Province Wellesley Cub/Brosnies Gathering’ diadakan di Kem Coronation.
1986 - Tapak perkhemahan baru di Teluk Bahang diperolehi dengan pajakan 99 tahun.

1989 - ‘MBS Scout Gangshow 89’ in aid of ‘Ho Wai Foon Memorial Fund’ untuk Pertumbuhan tapak Perkhemahan Teluk Bahang.

1992 - Kempori untuk pengakap kanak-kanak diadakan di Kem Coronation.

1993 - Pekbori pertama diadakan di Kem Coronation. Seramai 700 pengakap kanak- kanak mengambil bahagian.

1994 - ‘A Campfire Leaders’ khusus diadakan di Kem Coronation untuk pengakap dan pemimpin pengakap.
- Malam Indaba Pulau Pinang diadakan di Wisma Pengakap dengan tema‘Scout Vision to the Year 2002’.

1995 - ‘A join-in Jamboree bersama Jombori ke 18 dunia di Netherlands di adakan di Kem Coronation. Sebanyak 1200 pengakap dan pandu puteri mengambil Bahagian. Ketua kem adalah ASC Goh Khee Sian.
- Malam Anugerah Pengakap Raja diadakan di Rasa Sayang Resort. Tertamu utama adalah Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinanag Tun Dato’ Seri (Dr.) Haji Hamdan b. Sheikh Tahir. Seramai 67 ahli pengakap menerima Anugerah Pengakap Raja

1996 - Negeri Pulau Pinang menganjurkan ‘2nd National B-P Brotherhood/Guilds Seminar di Komtar.
- Jamborette Pulau Pinang di adakan di Kem Coronation dan sebanyak 1300 ahli Pengakap dari Malaysia dan Indonesia menghadirinya. Ketua Kem adalah ASC Leong Kok Hin.
- Majalah Pengakap ‘Media Pengakap’ dilancarkan.
- Upacara Anugerah Pengakap Raja diadakan di Shangri La Ballroom dan seramai 108 ahli pengakap menerimanya.

1997 - Tapak pengakap baru di Gullemard Reservoir Tanjung Bunga diperolehi secara rasmi dengan pajakkan 20 tahun.
- ‘Gongsi Raya’ sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa Aidii Firtri diadakan di Wisma Pengakap.
- ‘World Scouts Day Rally’ diadakan di Esplnade dan 2000 ahli pengakap dari 7 daerah Pulau Pinang menghadirinya.
- Seramai 38 ahli pengakap menerima Anugerah Pengakap Raja dari Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang di Shangri La Ballroom.
- Perkhemahan diadakan kali pertama di KOMTAR dan DOME. Seramai 1000 ahli Pengakap dan Pandu Puteri menghadiri. ‘Jamboree-on the Air’ dan ’Jamboree on the Internet ’diadakan kali pertama di bawah Ketua Kem ASC Yeap Boon Lee.
- ‘Penang State Scout Gangshow 1997’ diadakan untuk mengutip dana pertumbuhan dan penyelenggaraan tapak perkhemahan Gullermard Reservoir. Temanya adalah‘Scouting Fun for Fund’

2005 - Tapak perkhemahan bersejarah- Kem Coronation digunakan buat kali terakhir dan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

2007 - Kursus Latihan Ketua Patrol Pengakap Muda Peringkat Negeri kali pertama diadakan, bertempat di SMK Bandar Tasek Mutiara.

2008 - Penyertaan ke PerhimpuanSambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia, di Stadium Merdeka.

2011 - Pelaksanaan dan Perancangan Skim Latihan Pengakap Kelana, dan 6 orang Pengakap Kelana berjaya mendapat Anugerah Baden Powell semasa Penilaian Anugerah BP yang pertama di Malaysia.

2012 - Penganjuran Scouts Oversea Service and Exploration Programme (SOSEP), yang melibatkan Pengakap dari Hong Kong, Taiwan, Thailand.

2013 - Penganjuran bersama APR Basic Management Course for Scout Executive, bertempat di USM.

2013 - Program Messengers of Peace (MoP) yang pertama diadakan dan bertempat di Empangan Tasik Mengkuang sempena dengan kegiatan Merdeka Hike dan Clean Up The World.

2014 - Scout of The World Discovery Workshop yang pertama di Malaysia diadakan di Pulau Pinang, bertempat di RECSAM.

2014 - Sistem Pendaftaran Keahlian Tahunan Pengakap (secara elektronik dan digital) yang pertama di Malaysia dilancarkan, dan diguna pakai PPMNPP.

2015 -Pelaksanaan Scouts of The World Voluntary Service oleh Sekretariat Pengakap Kelana Negeri yang bertemakan "Save Our Shore" yang berpusatkan di Sungai Chenaam, SPS, selamat 4 bulan.

2016 - Encik Wong Kok Nian dianugerahkan Scouts of The World Award.

2016 - Penubuhan Pengakap Udara - Kumpulan Pengakap 101 (Terbuka), Bukit Mertajam.

2017 - Penubuhan Pengakap Lebah.

2018 - Pelancaran Anugerah Perkhidmatan Pengakap Negeri Pulau Pinang, oleh Speaker YB Dato' Law Choo Kiang, di Hotel Ixora

2018 - Bangunan Wisma Pengakap Pulau Pinang di Solok Scotland diubah-suai dan diperelok.

2018 - Penlancaran Program Scout Uniform For Free (SUFF) oleh YB Soon Lip Chee, Timbalan Yang Dipertua PPMNPP. Program ini adalah inisiatif Sekretariat Pengakap Kelana Negeri.

 

 

Pesuruhjaya Daerah

  1. Encik Harold Ambrose Robinson Ceeseman (1924 - 1928)
  2. Encik Khoo Sim Teong (1938)
  3. Tuan Haji S. M. Zainal Abidin (1928 - 1945)
  4. Encik R.E Ince (1946)
  5. Encik L.I. Lewis (1946 - 1947)
  6. Encik Basha Merican (1947 - 1948)

 

Pesuruhjaya Negeri Selat

  1. Encik Ven. Archdeacon S.M. Collier (1949)
  2. Encik Oon Hoot Ewe (1950 - 1957)

 

Pesuruhjaya Pengakap Negeri

  1. Encik Khoo Kim Cheng (1957 - 1960)
  2. Encik Teoh Kuan Kooi (1961 - 1963)
  3. Encik Yeoh Phee Tin (1964 - 1975)
  4. Encik Ho Wai Foon (1975 - 1987)
  5. Encik Khoo Yeoh Gan Hong (1988 - 1992)
  6. Encik Lim Eng Ghee (1992 - 1999)
  7. Encik Khoo Yeoh Gan Hong (1999 - 2000)
  8. Encik Khoo Heng San (2001 - 2003)
  9. Encik Chye Onn Teck (2003 - 2006)
  10. Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin (2006 - 2009)

 

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri 

  1. Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin (2009 - Sekarang)

 

Tokoh-tokoh Pengakap Pulau Pinang (Hall of Honour)

  1. Tan Sri Datuk Wong Pow Nee
  2. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

 

 

 

Print

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: - 

  1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
  2. Menolong orang pada setiap masa;
  3. Menurut Undang-Undang Pengakap.

Print

More Articles ...

  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

 

Like Us