• Home
  • Ibu Pejabat PPMNPP

Senarai Nama Penerima Pingat dan Bintang Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 2016

Senarai Nama Penerima Pingat dan Bintang Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 2016

 

BINTANG SEMANGAT RIMBA EMAS
HAJI ZULKAFLI B. KAMARUDDIN
 
BINTANG SEMANGAT RIMBA PERAK
YB. DATO’ MAHMUD B. ZAKARIA
HAJI SAPKE @ YUSOF B. SALLEH
 
PINGAT PERKHIDMATAN GEMILANG
ENCIK BEH HONG THIEW
ENCIK HENG SOO PENG
 
PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG
YB. DATUK SHAH HEADAN B. AYOOB HUSSAIN
YB. ENCIK MUHAMAD FARID B. SAAD
INSP. MOHAMAD AZIZI B. MD DALIS
ENCIK TAN SOW SUNG
ENCIK MOHD ZUBER B. ALI
ENCIK ROZHAN B. HAJI YAHAYA
ENCIK CHEW CHING YEE
ENCIK HAZLISHAM B. HANAFIAH
 
PINGAT PERKHIDMATAN LAMA
ENCIK CHAN HONG WAI
HAJI MOHAMMAD SABHI B. OTHMAN
PUAN NOORHANISAH BT. ABDUL KADIR
ENCIK DAVID KHOO CHON-YI
ENCIK ABDUL MUTALIP BIN MD. NOR
 
PINGAT PERKHIDMATAN SETIA
ENCIK RAMLI B. OTHMAN
ENCIK ABDUL RASHID B. SHAMSUDIN
ENCIK MOHAMAD NOR SUHAILI B. JAMALI
ENCIK NAZARUDDIN B. SHAARI
ENCIK HENH ZIN MOON
ENCIK OOI SOO GHEE
PUAN ONG SHY HANN
 
PINGAT PERKHIDMATAN BAIK
ENCIK OOI YUEN WEI
ENCIK LAU TIK KON
ENCIK TAN YEONG SHING
ENCIK NG CHOOI YAO
ENCIK ASRI B. MAMAT
PUAN NORHANANI BT. ABD. RAHMAN
ENCIK YONG CHOON HAU
 
SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA
ENCIK TAN SIA CHIAN
ENCIK CHIAM CHING MING
ENCIK LEE ZI KANG
CIK OOI PEI WEN
CIK OOI PEI RAN
ENCIK TAN JING KAI
ENCIK TAN KEAN YAW
ENCIK SEE KEAN SENG
ENCIK LIM BO YANG
ENCIK NG JIAN CHAO
CIK TAN SEE TING
CIK TE SHU TENG
PUAN MAZIAH BT. HUSSAIN
CIK PUTERI INAYAT BT. MOHD YUSOFF
ENCIK MOHD HAFIZ B. MOHD YUSOF
ENCIK MOHD KHAIRULZAWAN B. MD SUKRI
ENCIK ANG CHOW SHENG
PUAN SHARAZERA BT. ABDUL RAHIM
PUAN YIJAYALAKSHMI A/P THINAGARAN
PUAN NOR ADILAH BT. MOHAMED ZAINI
PUAN SOLIHAH BT. MOHD SAAD
ENCIK ROSHASNIZUL KHAIRUL B. MOHAMAD
ENCIK THAYALAN A/L TANDATHABANI
ENCIK KUANG ENG GUAN
ENCIK MOHD HAFIFE B. ABDUL HALIM
ENCIK MOHD ASRI B. ABDULHATAM
PUAN HAMIDAH BT. SAAD
 
PINGAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
 
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
ENCIK OOI JIN FU
ENCIK NG WAI JIAN
 
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
ENCIK SHAMIL NOR IDRAKE B. SAMSURI
ENCIK MUHAMAD NURIMAN IKMAL B. ABU BAKAR
CIK ALIMATUN SAADIAH BT. SHAFIE
ENCIK AMIR MUHAIMIN B. ABD MALEK

Print

Senarai Nama Anugerah Pengakap Raja

Senarai Nama Anugerah Pengakap Raja (King's Scout)

 

Anugerah Pengakap Raja merupakan anugerah tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Sijil Pengakap Raja telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan serta Raja-Raja di Malaysia.

Dianugerahkan kepada ahli Pengakap yang mendapat pencapaian yang paling tertinggi dalam berpengakapan sebelum umur dewasa (sebelum 18 tahun).

(Rekod Dari Tahun 2005 - Sekarang)

 

Sebelum Perang Dunia Kedua

100 (Anggaran)

 

Sebelum Merdeka (sebelum 1957)

100 (Anggaran)

 

Tahun 1957 - 2003

1957-1959 53
1960-1961 37
1962 30
1963 71
1964 30
1965 30
1966 28
1967 28
1968 21
1969 21
1970 10
1971 20
1972 9
1973 21
1974 7
1976 14
1977 17
1978 26
1980 11
1983 7
1986 20
1987 7
1988 17
1990 26
1991 51
1992 17
1993 20
1994 47
1995 78
1996 30
1997 38
1998 41
1999 22
2000 19
2001 12
2002 23
2003 9

Sesiapa yang mempunyai info dan senarai nama, sila email kepada wongkn(a)penangscout.org

 

Tahun 2004, 2005, 2007, 2009:

 

Tahun 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019:

 

 

Tahun 2021, 2023 and beyond:

 

 

 

Print

Tatacara Pengurniaan Dan Pencalonan

TATARACARA PENGURNIAAN DAN PENCALONAN BAGI PENGANUGERAHAN

DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SERTA PINGAT KETUA PENGAKAP NEGARA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

 

 

Bintang Dan Pingat

1.) BINTANG PAHLAWAN
(Bentuk : Sijil dan Pingat )

 
BINTANG PAHLAWAN

Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli Pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya.

 

2.) BINTANG SEMANGAT PADI KELAS PERTAMA – EMAS (BSP – I)
(Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung )

 
BINTANG SEMANGAT PADI KELAS PERTAMA – EMAS (BSP – I)

a. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama – Emas (BSP – I) adalah anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja. Anugerah yang amat terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri dan negara.

b. Di antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas

Pertama ini adalah dari kalangan Ketua-Ketua Negara dan Negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara (KPN), kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara kesemua tokoh pemimpin ini merupakan Penaung kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Penaung Utama kepada pergerakan Pengakap di negara ini.

c. Selain dari tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, Bintang tertinggi Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong, dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Kecil Penganugerahan, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau Pengakap dari kalangan rakyat biasa seperti Y.A.B Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara (KPN). Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi di atas status Kehormat.

d. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

e. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara (KPN).

 

3.) BINTANG SEMANGAT PADI KELAS KEDUA – PERAK (BSP – II) (Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung )

 
BINTANG SEMANGAT PADI KELAS KEDUA – PERAK (BSP – II)

a. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua – Perak (BSP – II) adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang. Penganugerahannya yang amat terhad menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri, negara dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang telah banyak berjasa.

b. Di antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini adalah Ketua-Ketua Negara, Negeri dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pemimpin-pemimpin Pengakap dari kalangan rakyat biasa, seperti Y.A.B Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang terbukti gemilang kebaktian mereka atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak menyumbang kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi di atas status Kehormat.

c. Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang lain pula, kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Resmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

d. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara (KPN).

e. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 05 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

 

4.) BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS PERTAMA – EMAS (BSR – I)
(Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung )

 
BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS PERTAMA – EMAS (BSR – I)

a. Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama – Emas (BSR – I) adalah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakap.

b. Dengan Penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari kalangan individu-individu yang banyak memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.

c. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu.

d. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 10 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

 

5.) BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS KEDUA – PERAK (BSR – II)
(Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung)

 
BINTANG SEMANGAT RIMBA KELAS KEDUA – PERAK (BSR – II)

a. Bintang Semanagat Rimba Kelas Kedua – Perak (BSR – II) adalah anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap.

b. Dengan penganugerahan yang terhad ini, Bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari kalangan individu-individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan Kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan tetapi di atas status Kehormat.

c. Istilah Semangat Rimba (BSR) melambangkan ciri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tata susila hidup serta tonggak ketuanan bangsa melayu.

d. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 20 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

 

 

Kategori Perkhidmatan

6.) PINGAT PERKHIDMATAN GEMILANG (PPG)
(Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung)


PINGAT PERKHIDMATAN GEMILANG (PPG)

Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang atas perkembangan kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia serta mempamerkan tata kelakuan yang terpuji.

Pingat Perkhidmatan Gemilang (PKG) ini boleh juga dianugerahkan kepada individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa. 

 

7.) PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC)
(Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung)

 
PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC)

a. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpinbertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan Kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan yang terpuji.

b. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) ini boleh juga dianugerah kepada individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan Kepengakapan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

c. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 45 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

 

8.) PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (PPS)
(Bentuk : Sijil dan Pingat )

 
PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (PPS)

a. Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan juga individu yang telah memberikan khidmat bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang dari 10 tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek di atas pertimbangan Jawatankuasa Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia.

b. Pingat ini boleh juga dianugerahkan kepada isteri atau suami para pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan-jawatan Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Negeri dan peringkat negara melebihi 15 tahun.

c. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 65 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

 

9.) PINGAT PERKHIDMATAN BAIK (PPB)
(Bentuk : Sijil dan Pingat )

 
PINGAT PERKHIDMATAN BAIK (PPB)

a. Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT), daerah, negeri dan negara yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang dari 5 tahun.

b. Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih daripada 75 orang, dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi di dalam status “Kehormat” (Luar Negara).

 

10.) PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (PPL)
(Bentuk : Sijil dan Pingat )

 
PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (PPL)

Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik selama tidak kurang dari 20 tahun di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang mulia.

 

11.) SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA (SKKPN)
(Bentuk : Sijil dan Ribben )

 
SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA (SKKPN)

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah memberikan khidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT) daerah, negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara.

 

12.) PINGAT PERINGATAN SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA
(Bentuk : Sijil dan Pingat )

 
PINGAT PERINGATAN SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA

Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia dianugerahkan semperna sambutan 100 tahun Pengakap di Malaysia kepada tokoh-tokoh atau perseorangan yang telah memberi khidmat bakti kepada pergerakan pengakap.

 

 

13.) PINGAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
(Bentuk : Sijil dan Pingat )


PINGAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Pingat ini diilhamkan oleh Ybhg. Dato' Seri Paduka Ketua Pengakap Negara dan dizahirkan pada tahun 2009. Ianya merangkumi 6 kategori:
i) Ijazah
ii) Diploma
iii) STPM
iv) SPM
v) PMR
vi) UPSR

Pingat ini diletakkan sebagai satu Penghargaan dan memberi penghormatan yang tinggi, kepada ahli-ahli yang "out standing" bukan sahaja dalam kepengakapan, tetapi juga dari segi akademiknya. Kriteria pemilihan ini dibuat pencalonan oleh pemimpin dan diputuskan di peringkat negeri, sementara di peringkat Negara pula, Jawatankuasa Anugerah akan bersidang untuk memutuskan penerimanya dan upacaranya boleh dibuat di majlis-majlis sama bersendirian ataupun ditumpangkan dalam upacara-upacara atau mesyuarat-mesyuarat peringkat Negara atau Negeri.

Keistimewaan Pingat ini, membawa satu pengenalan khas yang mana riben pingat yang tertulis tahap pencapaiannya tertera dan dipakai seperti riben-riben anugerah yang lain, dan boleh dipakai sehingga menjadi pemimpin seterusnya tersusun selepas riben pingat 100 tahun.

 

13.) PINGAT PERSAHABATAN ANTARABANGSA 
(Bentuk : Sijil dan Pingat )


PINGAT PERSAHABATAN ANTARABANGSA


 

Print

  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

 

Like Us