Terma dan Syarat Jualan Merdeka Hike
Written by Wong Kok Nian. Posted in Merdeka Hike
- Tiada reserve. Pelanggang yang bayar dulu, akan didahulukan.
- Semua urus niaga akan dilakukan dalam Ringgit Malaysia (MYR atau RM).
- Tiada pemulangan wang bagi mereka yang membatalkan pesanan selepas pembayaran disahkan.
- Sebarang penukaran dan pembatalan Pesanan tidak dibenarkan selepas bayaran disahkan.
- Pihak pengajur tidak akan bertanggungjawab sekiranya produk rosak, hilang atau tidak diterima pelanggan selepas pengesahan penghantaran telah dibuat akibat kecuaian pihak ke-3 dan pihak anda sendiri (tiada di rumah ketika penghantaran datang, salah alamat, penerimaan ditandatangani oleh orang lain seperti kawan, jiran, pihak kolej/pejabat).
- Penghantaran juga hanya akan dibuat selepas Pelan Pemulihan Negara (PPN)
- Pihak pengajur berhak untuk mengubah harga, Produk, deskripsi Produk, Perkhidmatan, deskripsi Perkhidmatan dan tawaran istimewa pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara kami.
- Terma dan syarat ini mungkin diubah atau ditambah dari masa ke semasa bertujuan untuk memudahkan urusan antara pelanggan dan pihak penganjur
Print