Peraturan, Penafian, Terma dan Syarat Merdeka Hike

Semua penyertaan Merdeka Hike adalah tertakhluk kepada peraturan, penafian, terma dan syarat seperti berikut:

 

PERATURAN MERDEKA HIKE 2021

  1. Undang-undang Pengakap yang Pertama : "Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan ke hormatan dirinya."

  2. Semua peserta harus memastikan bahawa semua maklumat yang dihantar oleh mereka untuk tujuan pendaftaran adalah lengkap dan tepat.

  3. E-mel pengesahan pendaftaran akan dihantar setelah pendaftaran berjaya dilakukan. Sekiranya anda tidak menerima e-mel pengesahan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh pendaftaran yang berjaya, sila hubungi talian +6012-475 4663 atau hantarkan e-mel kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  4. E-mel pengesahan adalah bukti pendaftaran yang disahkan dan akan digunakan untuk penyertaan.

  5. Dengan pengesahan pendaftaran, peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

  6. Pihak penganjur boleh mengubah syarat & peraturan pada bila-bila masa, mengikut budi bicara pihak penganjur, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

  7. Setelah pengesahan penyertaan, perubahan pada kategori atau maklumat lain tidak akan dilayan.

  8. Pihak penganjur berhak untuk menerima atau menolak penyertaan tanpa pemberitahuan dan alasan terlebih dahulu.

  9. Pihak penganjur berhak menutup penyertaan sebelum tarikh akhir tanpa notis atau apabila kuota peserta penuh.

  10. Pihak penganjur berhak untuk membatal atau mengubah tarikh program mengikut budi bicara mereka sendiri.

  11. Semua urus niaga akan dilakukan dalam Ringgit Malaysia (MYR atau RM).

  12. Pihak penganjur tidak akan akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kemalangan yang dialami oleh peserta sebelum, semasa, atau selepas penyertaan dalam program ini.

  13. Peserta tidak akan menerima e-sijil jika gagal memuatnaik gambar dan rekod mendaki atau berlari sebagai bukti.

 

SURAT TIADA HALANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA:

Print

  • Alamat: Wisma Pengakap, Solok Scottland,
    10450 Pulau Pinang, Malaysia
  • Tel: +604-828 2506

Show Route

Like Us