Highlight

  • 20130922 Donate Blood Banner (small)
  • MH2013
  • Sambutan105

Merdeka Hike & Clean Up The World 2013

Posted in MH-CUTW-2013

Kepada,
Pengetua / Guru Besar,
SMK / SMJK / SK / SRJK ( C ) / SRJK ( T )
(U.P. PENGAKAP)

Tuan,

JEMPUTAN KE CABARAN “MERDEKA HIKE DAN CLEAN UP THE WORLD 2013”
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Belia Negeri Pulau Pinang serta Majlis Perbandaran Seberang Perai akan menganjur aktiviti seperti maklumat berikut:

 

  • Tarikh : 15 September 2013 (Ahad)
  • Masa : 7:30am hingga 1:00pm
  • Masa Pendaftaran : 7:00am hingga 8:00am
  • Tempat : Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam
  • Pakaian : Pakaian Sukan (Berskaf)
  • Bayaran : Larian Merdeka Hike 2013 - RM 10.00 Seorang (Bagi Ahli Pengakap yang berdaftar 2013), (Peserta akan menerima: Sijil Penyertaan, Cloth Badge, Sarapan Pagi)
  • Pertandingan Mewarna -- RM5.00
  • Pertandingan Mereka Cipta Dengan Bahan Kitar Semula -- RM10.00


Cara Bayaran :Bayaran hendaklah dibayar secara tunai atau secara wang pos sebelum tarikh tutup kepada En. David Khoo Chon-yi. Semua borang penyertaan hendaklah disertakan semasa pembayaran. Sila buat salinan fotostat jika borang penyertaan tidak mencukupi. Tarikh Tutup : 15 Ogos 2013

2. Tujuan kami menganjur program ini adalah untuk menanam rasa perpaduan dan persahabatan antara pengakap serta meningkatkan kesedaran dan kesefahaman tentang pemeliharaan alam sekitar.

3. Sehubungan demikian, majlis dengan berbesar hati ingin menjemput cikgu-cikgu dan pelajar pihak Tuan / Puan untuk mengambil bahagian dan sama-sama meriuh-riuhkan program tersebut.

4. bersama dengan surat ini, kami telah melampirkan senarai aktiviti, kategori serta borang penyertaan pertandingan program.Sila maklumkan bilangan kehadiran dari pihak Tuan / Puan sebelum 30 Julai 2013 untuk menyenangkan kerja pengurusan. Jika Tuan / Puan terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi

En. DAVID KHOO

016-448 8863
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (email)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Facebook)

Cik. ONG SHY HANN 012-4780420
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (email, Facebook)

5. Kerjasama dan penglibatan Tuan / Puan ke program ini amat dihargai dan disanjungi tinggi.
Sekian, Terima Kasih.

“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”

Saya yang menurut perintah,


David Khoo Chon-yi
Pengarah Projek
Merdeka Hike 2013


Muat Turun Borang:

 icon Merdeka Hike & CUTW 2013 (1.59 MB 2013-07-20 21:12:03)

Scout are...